Self Care 101

Pernah tak anda rasa macam hari anda, berat sangat. Benda-benda yang kecil, walaupun pada orang lain nampak macam senang, tetapi tak tahu mengapa, untuk anda terasa sangat susah. Mungkin anda perlu bertanya kepada diri, adakah anda kurang memberikan perhatian kepada rutin Self Care anda?

Bagaimana pula ketika hendak pergi bekerja? Ada tak seperti tak larat nak bangun dari katil? Jangankan di kata hendak bercakap dengan orang lain, cuci pinggan mangkuk yang bertimbun dalam sinki tu pun, rasa tak ada mood untuk mencuci.

Ok, anda tahu tak? Sebenarnya sangat ramai orang yang ada masalah yang sama – You Are Not Alone!

Kesihatan mental dan emosi ini sangat penting. Jika mental dan emosi anda dalam keadaan yang stabil, maka akan lebih mudah untuk anda menjalani kehidupan seharian.

Apakah Penjagaan Diri? atau SELF CARE

Selalunya kita dengar yang orang akan selalu fokus dengan kerjaya, betul tak? Ada yang nak berjaya hanya sebab nak memiliki kemewahan. Contohnya kalau kereta, paling-paling pun mesti banyak yang target nak memiliki kereta Vios atau Jazz kan?

Kalau anda nak tahu, penjagaan diri atau SELF CARE yang patut anda utamakan dahulu. Tak tahu apakah maksud self care? Jom kita explore bersama-sama.

Self care adalah apabila anda bertindak untuk menjaga diri anda baik dari segi mental, fizikal mahupun emosi. Bunyi macam senang kan? Tapi no, sebenarnya ramai yang tidak mengambil berat mengenai kesihatan mental, fizikal dan emosi mereka.

Hal inilah yang menyebabkan anda ada masalah bekerja secara berlebihan atau pun burnout. Nak tahu kenapa? Sebabnya kerana anda tidak peka akan limit tubuh badan anda. Nak buat rutin harian yang simple pun tak mampu sebab tubuh dan minda anda telah letih akibat bekerja di luar kemampuan mental dah fizikal anda. Sekiranya rutin Self Care anda terpelihara, masalah burnout ini boleh di elakkan dengan berkesan.

Jangan tak percaya tau, ini memang betul-betul terjadi! Jadi apa yang anda perlu buat ialah menilai cara anda menjaga diri anda supaya anda boleh memastikan mental, fizikal dan emosi anda sentiasa terpelihara.

SELF CARE adalah usaha di mana, anda memberikan perhatian yang terbaik kepada diri anda, kerana anda lah sebenarnya yang paling penting di dalam kisah kehidupan anda.

Penjagaan Fizikal

Kalau nak sihat sejahtera, kesihatan badan perlulah dijaga. Bukan sebab kita terlalu kejar untuk menjadi cantik atau kacak seperti model (ok, kalau dapat, itu dikira bonus lah! Tapi You are beautiful just the way you are). Namun kita juga memerlukan tubuh badan yang sihat supaya kita terhindar daripada masalah kesihatan. Ini lah langkah seterusnya di dalam rutin Self Care yang perlu kita jaga. Jika anda nak tahu, kesihatan badan berkait rapat dengan kesihatan mental tau.

Antara kaedah penjaga fizikal ini adalah sangatlah senang, contohnya menitikberatkan pemakanan, mendapatkan tidur yang mencukupi, aktiviti fizikal yang sihat dan menjaga kebersihan diri anda. Anda pasti boleh buat!

Diet yang sihat ni sangat penting untuk mendapatkan tubuh dan minda yang cergas. Maklumlah di Malaysia ni banyak pilihan fast food dan makanan berminyak. Makan sikit-sikit boleh tapi jangan berlebihan ya.. Nanti badan berasa lemah dan ada kemungkinan berat badan naik secara mendadak.

Dalam mengamalkan pemakanan sihat, kita juga digalakkan bersenam. Kalau nak tahu, bersenam ni disyorkan selama 30 minit sahaja sehari. Pada mula nya mungkin terasa agak sukar untuk mengamalkan habit yang baru, namun apabila anda terus-menerus mengamalkannya selama minimum 30 hari, sel-sel di dalam otak kita telah terhubung dan menjadikan aktiviti tersebut sebagai satu habit yang berterusan. Sama konsepnya seperti menunggang basikal. Pada awalnya agak kekok , tapi bila dah lama, menjadi sangat mudah dan natural kepada kita. Begitu juga dengan rutin Self Care anda, semakin lama di amalkan, semakin anda akan rasa serasi dan selesa.

You can do it!

Penjagaan Mental

Kalau penjagaan fizikal penting, apatah lagi penjagaan mental, betul tak? Cara pemikiran anda akan memberi kesan kepada psikologi anda.

Bak kata penyanyi Metropolitan,

Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu.’

Jika diri anda mula merasa down dan depressed / kemurungan, segera lakukan sesuatu yang boleh membuat anda tidak terus tenggelam dalam kesedihan anda. Contohnya, menonton filem komedi, membaca buku, bermain peralatan muzik atau call lah rakan-rakan anda dan ajak mereka bersembang. Ini lah yang dinamakan Pattern Interruption, yang sangat banyak di gunakan di dalam Cognitive Behavioral Therapy (CBT) dan juga NeuroLinguitic Programming (NLP).

Ramai orang mempunyai automaic habit yang terlalu memikirkan masalah mereka, namun dengan teknik pattern intteruption ini, kita mengamalkan Self Care yang melatih untuk fokus kepada penyelesaian, atau pun sebaliknya menumpukan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh memberikan manfaat kepada diri kita.

You are worth it!

Penjagaan Emosi

Selain penjagaan fizikal dan mental, anda juga perlu memberikan perhatian kepada penjagaan emosi. Emosi yang dibiarkan tidak stabil dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan masalah kesihatan seperti depresi, bipolar,dan sebagainya.

Pernah tak bila anda beremosi, anda rasa seperti nak melenting dan mengamuk ? Kerana itu lah, pengendalian emosi sangat penting terutamanya apabila berdepan dengan situasi yang mengganggu ketenteraman emosi. Sama ada kemarahan, kebimbangan atau kesedihan, anda mesti lah pandai mengawalnya.

Antara langkah yang disyorkan adalah anda perlu berani untuk mengakui dan meluahkan perasaan anda secara terang-terangan.

Sama ada anda bercakap dengan orang tersayang atau rakan rapat tentang perasaan anda, menulis jurnal, meluangkan masa untuk art therapy atau pun melakukan aktiviti masa lapang yang membantu anda memproses emosi anda. Kesemua usaha ini adalah sangat penting agar anda dapat mengutamakan penjagaan emosi di dalam hidup anda.

Rutin Self Care yang sesuai dengan anda adalah sangat membantu dalam urusan pengurusan emosi. Bagaimanakah anda tahu sekiranya rutin Self Care itu berkesan untuk anda? Jawapannya adalah apabila rutin Self Care itu terasa seperti second nature, atau pun anda berasa sangat selesa dengan rutin tersebut dan tidak sabar untuk melakukannya setiap hari!

Dapatkan Nasihat Daripada Pakar

Jika anda atau orang tersayang sedang bergelut dengan masalah kesihatan mental atau memerlukan seseorang untuk membantu membimbing bagi mencapai matlamat anda, anda boleh mendapatkan lebih maklumat dengan KLIK DI SINI

Dengan menjadi peka tentang penjagaan diri, anda akan menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. Rutin Self Care adalah sangat indah kerana anda boleh menjalani kehiduapan yang lebih gembira, sihat dan penuh bermakna.

Dapatkan sessi terapi Self Care dengan klink button Book Now di bawah, sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *